Contoh, jika takde salmon boleh guna apa2 sahaja jenis ikan macam tenggiri ke, kurau ke. Sayur-sayuran pulak boleh ditambah atau dikurangkan. Kekadang tu Mommy letak sampai semua jenis sayur sekali untuk Baby Macky makan...carrot la, celery la, sawi ke, pun boleh letak juga.
Tapi yang kali nie special sikit sebab makan dengan mash potato. Jika sebelum nie makan begitu sahaja atau dengan bubur nasi ataupun baby pasta.
Resepi ini memang sangat sedap dan senang kerana boleh ditukar-tukar mengikut bahan apa yang ada di dapur anda.
Baby Recipe : Mash Potato with Salmon, Brokolli & Cauliflower
Bahan-bahan Mash Potato:
1 biji kentang
sedikit unsalted butter
sedikit susu segar
sedikit black pepper
Cara-caranya:
1. Kentang direbus dan dilenyek.
2. Masukkan butter, susu segar dan sedikit sahaja lada hitam dan terus dilenyek sehingga lumat/halus.
3. Ketepikan.
Bahan-Bahan:
1/2 potong ikan salmon dipotong kiub ( tak perlu letak banyak sekadar untuk sumber protein dan rasa yang lemak).
1/2 cawan cauliflower (kubis bunga)
1/2 cawan brokolli
1 biji bawang kecil (merah). Kalau guna bawang bersar, tak berapa sedap kerana bawang kecil mempunyai rasa manis semulajadi.
sedikit unsalted butter @ olive oil
1 cawan air (mengikut rasa)
Cara-caranya:
1. Cairkan butter diatas kuali.
2. Masukkan isi ikan dan sautee sekejap sahaja sehingga agak2 masak. Kalau terlebih masak, isi ikan akan menjadi keras.
3. Keluarkan isi ikan dan ketepikan.
4. Masukkan semua sayuran, brokoli, cauliflower dan bawang kecil.
5. Sautee (masak dengan minyak/butter sedikit) sehingga sayuran dan bawang kelihatan garing sedikit.
6. Masukkan air agak2 1 cawan.
7. Masak atas api perlahan sehingga masakan tidak lagi mempunyai air atau kering.
8. Jika sayuran masih keras, tambahkan lagi air dan terus renehkan sehingga kering dan sayuran semua lembut.
9. Tutup api dan hidangkan bersama salmon dan mash potato.
No comments:
Post a Comment