Mommy juga banyak minum air kelapa dan sup ayam (sebab demam kan...). Kemudian, Mommy baru teringat untuk buat air barli di ketika cuaca sekarang yang panas membahang kerana barli boleh menyejukkan badan kita. Mommy terus masak biji barli menggunakan slow cooker untuk membuat air barli dan juga bubur barli.
Cara memasak bubur barli nie sama sahaja seperti kita masak bubur lain. Disebabkan Mommy nak bagi Baby Macky juga makan, maka resepi ini telah diolah supaya mesra bayi...
Bubur Barli dan Jagung
1. Campurkan air barli, biji barli (yang sudah di masak separuh
2. Masak sehingga barli dan jagung lembut.
3. Masukkan susu segar dan masak sehingga mendidih. Jika bubur terlalu pekat tambah air barli/susu.
4. Tutupkan api.
5. Enak dimakan sejuk sebab sekarang musim panas kan... Atau makan je panas2 pun sedap.
Nota:
1. Tiada gula dan garam di dalam resepi kerana ianya untuk Baby Macky. Campuran barli, susu dan daun pandan telah memberi rasa manis semulajadi yang enak.
2. Untuk hidangan dewasa bolehlah dimasukkan sedikit garam dan gula mengikut rasa setelah masak.
3. Susu segar boleh diganti dengan santan.
Badan terasa nyaman jer lepas makan bubur barli yang lemak-lemak manis nie...yummm!
Khasiat barli selain menyejukkan badan, boleh melawaskan kencing dan baik untuk ibu mengandung:
No comments:
Post a Comment