Baby Finger Foods: Oven-Baked French Fries


Sebenarnya memang senang jika kita terus beli french fries diluar atau restoran fast food.
Tapi tahukah semua ibu2 diluar sana bahawa makanan segera termasuk kentang goreng sebenarnya sangat tidak sihat dan telah diubah komposisi nutriennya, malah langsung tidak nutrien semulajadi.

Oleh sebab itu, janganlah kita memberi sesuatu yang  tidak baik untuk anak2 kita makan meskipun ianya senang dan sedap.

Disini saya ingin berkongsi resepi finger foods yang mudah disediakan untuk anak anda yang berumur 9 bulan ke atas atau yang sudah boleh makan finger foods.

Untuk bacaan lanjut mengenai bahaya makanan segera, boleh klik link di SINI.

Cara yang amat mudah dan lebih berkhasiat, cubalah.

Bahan-bahannya:
1 biji kentang russet atau apa2 jenis kentang
olive oil secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Potong kentang seperti jejari dan rendam dalam air sejuk selama 5 minit.
(ini untuk elakkan kentang menjadi lebam dan membuang kanji di dalam kentang)
3. Letakkan kentang di atas baking tray.
4. Gaulkan dengan olive oil sehingga rata.
5. Bakar kentang selama 20 minit @ sehingga kekuningan dan garing ditepi
   (ikut tahap kepanasan oven masing-masing ye..)
6. Taburkan sedikit garam secukup rasa jika dihidang pada kanak-kanak yang lebih besar @ dewasa.



Rasa french fries ini lebih sedap kerana rangup diluar dan lembut di dalam dan yang pasti lebih berkhasiat untuk anak2 makan...


 Macky enjoy her 1st homemade french fries...
Sedaplah Mommy...  Macky nak lagi!












No comments:

Post a Comment