Homemade Roti Yogurt ....Gebu dan Selembut Kapas


Seperti yang dijanjikan, mommy sediakan resepi roti yogurt yang sangat sedap, lembut dan gebus tu.  Boleh dibuat loaf bread ataupun roti burger dan lain2 bentuk ikut suka.


Bahan-Bahan:

250gm high protein flour (tepung roti). 
(Mommy guna 125gm wholemeal flour dan 125gm high protein flour untuk dijadikan wholemeal bread).
100gm yogurt (boleh guna low fat milk yogurt plain bagi yang jaga badan @ guna yogurt berperisa buah juga jika suka)
60gm susu segar @ low fat milk 
25gm telur @ 1/2 biji telur ( pecahkan telur dan kacau, kemudian bahagi dua @ timbang)
20gm gula (boleh letak lebih @ kurang ikut suka)
3gm garam (lebih kurang secubit garam)
30gm marjerin/butter
2.5gm dry yeast (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)

Cara-Cara:

Cara 1(Guna Bread Maker):
  • Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Tekan ON dan biar sampai masak.( ikut bread maker masing-masing).
Cara 2 (Manual-Uli Sendiri):
  • Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin dan tak melekat ditangan. Lagi lama uli lagi lembut.
  • Tutup doh dengan kain lembap @ cling wrap. Boleh juga letak dalam microwave/oven yang tak di ON tau, untuk elak dari udara.
  • Perap doh hingga 2 kali ganda kembang lebih kurang sejam.  
  • Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  • Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagi dan ikut suka. 
  • Gliskan roti dengan campuran telur+susu jika suka.
  • Tunggu hingga doh kembang dua kali ganti lagi (lebih kurang sejam)  dan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau sehingga perang.
  • Sapu mentega/marjerin cair setelah roti dikeluarkan supaya kelihatan berkilat dan tetap lembut (optional, mommy tak sapu pun sebab memang tetap lembut sangat) .
Nota: Roti boleh dipelbagaikan bentuk seperti roti bun, sosej dan sebagainya. Jika bakar dalam bentuk bun suhu adalah  170 C selama 25 minit atau sehingga perang.



Gambar2 dibawah ini merupakan ihsan dari www.masyachocolate.com. Boleh ke laman web ini untuk tahu lebih lanjut ye . Sumber Resipi dari Izah Daud . 

Roti Yogurt wholemeal nie dibuat menggunakan separuh wholemeal flour dan separuh tepung roti biasa. Jadi, tidaklah terlalu "heavy" grains tu... Macam roti gardenia fine wholemeal yang dibeli.


Resepi Roti Yogurt 'Sesame White Bread Loaf'  nie hanya menggunakan tepung roti biasa sahaja, tidak dicampur wholemeal flour....jadilah macam roti putih gardenia yang biasa kita beli dikedai. 
Tapi, yang pasti roti homemade nie adalah tanpa menggunakan bread improver @ bread softener iaitu bahan kimia untuk melembutkan roti yang digunakan dikilang roti dan bakeri. 
Kita hanya menggunakan natural yogurt sebagai bahan semula jadi untuk melembutkan roti.
For Mommies out there, resepi nie highly recommend untuk diberi kepada baby/toddler seusia Baby Macky.  Kita makan pun elok juga untuk kesihatan. :) 



Sedap makan homemade roti dengan homemade mushroom soup kan...



Boleh buat homemade roti burger juga....buatkan bulat2 dan taburkan sesame seeds kat atas. 
Jadilah macam burger kat restoran kfc/mcdonalds tu.



Tak sah rasanya kalau takde gambar  Baby Macky kan...rasa ada yang kurang....heee :)
Baby Macky enjoy the freshly baked Roti Yogurt.





No comments:

Post a Comment