Easy Homemade Ice Cream Only With 2 Ingredients and a Blender!


Macam susah je nak buat ais krim...boleh ke buat sendiri?

Mula-mula saya pun ingat macam tu...mesti susahkan nak buat ais krim pastu kena ada ice cream machine lagi.
Tapi resepi nie tak perlu gunakan mesin aiskrim hanya perlu guna food processor @ blender sahaja dah boleh buat.



Oh...okay. Macam dengar senang jer... Kalau macam tu, boleh refer resepi ais krim nie kat bawah.
Resepi nie sesuai untuk baby setahun ke atas juga sebab tanpa perisa dan pewarna tiruan serta tanpa anti-frizz chemical yang digunakan dalam ais krim conventional yang dijual.




Hanya 2 Bahan Utama untuk buat homemade ais krim iaitu:
2 biji pisang yang masak ( dipotong dan di bekukan semalaman)
2 sb susu segar @ low fat

Boleh pelbagaikan perisa seperti yang saya buat iaitu:
1 sk vanilla essence
2 sb serbuk koko
sedikit walnut
sedikit chocolate chips



Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan kedalam blender dan biar sehingga pisang hancur dan ais krim menjadi licin dan halus.
Simpan di dalam freezer.

Note: Boleh pelbagaikan perisa ais krim mengikut kesukaan seperti masukkan oreo cookies, sweet corn ice cream, mango ice cream dan lain2.

Saya akan share juga resepi ais krim yang menggunakan hanya 2 bahan juga tetapi bukan frozen banana on next post ye...stay tuned!


Suka betul Baby Macky dapat makan ais krim...uhh sejuknya mommy!


Pelbagai flavour lain yang boleh dicuba dan dipelbagaikan...Yummy!

No comments:

Post a Comment