Resepi Pisang Goreng Rangup Cheese Coklat


Lama sangat dah nak buat sendiri pisang goreng cheese coklat nie tapi susah nak jumpa pisang yang sesuai. Selalunya untuk buat pisang goreng kita perlukan sekurang-kurangnya pisang yang separuh masak macam pisang tanduk, pisang awak atau pisang abu.

Akhirnya semalam dapat pisang abu, jadi bolehlah teruskan hajat dihati untuk buat sendiri pisang goreng cheese coklat nie.

Sebelum itu, kita mestilah ada pisang goreng dan kalau boleh nak yang memang rangup walaupun bila sudah sejuk.

Ini resepi yang saya cuba dan memang sangat rangup dan rasanya terbaik kerana walaupun sudah sejuk ia masih lagi rangup.

RESEPI PISANG GORENG RANGUP :
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu makan tepung jagung
1 sk serbuk kunyit
1 sb gula merah/ gula pasir
1 sb minyak masak
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan kecuali air dan kacau rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati ( tidak terlalu cair @ pekat sangat). 
    Nak tau adunan itu ok atau tidak, perhatikan belakang sudu tu diselaputi aduan.
3. Goreng sehingga garing.

Bahan untuk sos cheese coklat:
1 sb butter
1 sb susu pekat
Parutan cheese secukupnya 
Coklat compund @ coklat rice 

1. Cairkan butter dan campurkan dengan susu pekat. Kacau.
2. Tuangkan sos ke atas pisang goreng tadi.
3. Parutkan cheese dan coklat compound @ coklat rice.
4. Makan panas2 sampai puas... :)

Nota: Pisang jangan direndam lama didalam adunan sebelum digoren untuk elakkan ia dari lembik dan tidak rangup.

Kalau untuk baby 1 tahun ke atas, hanya perlu goreng pisang dalam minyak sedikit dan taburkan cheese di atasnya. Jadilah pisang goreng cheese  untuk baby minum petang.
Macam Baby Macky, dia suka pisang goreng dan tak suka makan pisang biasa yang tidak masak.
Jadi selepas goreng, mommy buangkan @ makan kulit yang luar dan berikan Baby Macky isi pisangnya sahaja.


Makan macam tu sahaja pun dah sedap...lebih2 lagi ketika panas.



Nie memang dah tak sabar Baby Macky nak makan...Mommy tak sempat nak snap gambar cantik2.




 Mommy...nak yang ini boleh tak?



Ngap! Yeay...akhirnya dapat jugak Baby Macky makan ye.





No comments:

Post a Comment