Fruity Baby Kids Curry


Boleh ke bagi baby makan kari? Sebenarnya, resepi ini adalah versi English Mild Curry dan tiada lansung rasa pedas malah gabungan rempah yang digunakan menjadikan rasa kari ini sangat sedap dan juga penggunaan buah di dalam resepi terutamanya buah epal. 

Buah epal ini memberi rasa manis buah yang sangat enak dan rasa manis semulajadi di dalam resepi. Oleh itu tidak perlu penggunaan gula/garam di dalam masakan terutamanya kepada bayi anda. 
Boleh dimakan bersama bubur nasi @ nasi putih @ baby pasta. Ia juga boleh dijadikan resepi keluarga yang sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet. 

Resepi ni telah menjadi resepi favourite si Baby Macky dan Mommy jugak. :)

Resepi sesuai bayi 1 tahun ke atas.

Bahan-bahan:
1 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 sb minyak masak(olive oil)
1sb serbuk kurma
1sk serbuk kari
2 sb santan @ susu segar
1/2 ekor ikan tenggiri/kurau dipotong dadu @ isi ayam
1/2 batang carrot di potong dadu
1/2 biji epal merah dipotong dadu
1/2 biji kentang dipotong dadu
1/2 batang celery dipotong dadu
sedikit kacang peas jika suka
1 kiub puree epal dan mangga @ boleh gunakan homemade fish/chicken/vegie stock 
(untuk resepi homemade stock sila refer entry di SINI).

Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan tumis bawah merah, carrot, kentang dan celery hingga separuh lembut.
2. Masukkan bawang putih.
3. Masukkan epal yang dipotong dadu.
4. Masukkan serbuk kari dan kurma, kacau.
5. Setelah mendidih, masukkan puree epal/mangga/atau apa2 homemade stock.
6. Masukkan ikan dan santan @ susu segar.
7. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh.
8. Tambahkan air @ stok jika kering.

Selalunya Mommy akan lenyekkan sedikit makanan sebelum disuapkan kepada Baby Macky untuk memudahkan penghadamannya kerana gigi baru ada 6 batang didepan :).

Nota: Tambahkan garam dan cili setelah masak untuk hidangan kanak-kanak atau dewasa.
Untuk jadikan menu diet, gantikan susu segar kepada susu rendah lemak, rasanya masih masa dan sedap...

No comments:

Post a Comment