Easy Egg Muffins for Toddlers & You

Sejak Baby Macky dah tak mau makan makanan yang lembik dan menggunakan sudu nie, setiap hari google resepi cari idea untuk bagi Baby Macky makan. Risau juga dia dah tak mahu makan sayur-sayuran. Cuma nak makan roti/kek je... 

Untuk pastikan Baby Macky dapat khasiat yang secukupnya, mommy jumpa resepi egg muffin nie. Sangat sesuai untuk Baby Macky sebab boleh masukkan semua jenis sayuran dan ikan/daging/ayam didalamnya. Dan yang penting Baby Macky makan dan suka.

Oh...satu lagi Baby Macky hanya makan kalau mommy suapkan dengan tangan je, kalau suap dengan sudu dia tak mau. Ataupun dia akan makan sendiri guna tangan...


RESEPI EASY EGG MUFFINS
(dapat 4 biji ramekin)

2 biji telur
1 cawan sayur-sayuran ikut suka (mommy letak brokoli, celery, carrot, tomato, bawang dan cauliflower)
2 sb susu @ air
sedikit isi ikan salmom ( boleh juga ikan lain, ayam, daging)
sedikit black pepper
sedikit garlic powder 
(optional, kalau tak letak pun takpe, sebab dah ada so mommy letak je)
garam ikut rasa (tak letak sebab Baby Macky bawah 2 tahun)


Cara membuatnya: 
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan muffin tray, paper cup @ ramekin yang disapu butter (mommy guna ramekin)
  2. Pukul telur black pepper dan garlic powder  hingga kembang.
  3. Potong semua sayuran kecil-kecil @ didadu dan masak sebentar diatas kuali hingga sedikit lembut.
  4. Campurkan sayuran dan ikan kedalam campuran telur dan kacau sebati.
  5. Sudukan kedalam bekas muffin/paper cup/ ramekin yang telah digris. 
  6. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit (ikut oven masing2) atau sehingga bahagian atas telah kenyal dan tidak lembik. Boleh juga gunakan toothpick untuk check jika muffin telah masak @ tidak.
  7. Siap untuk dihidangkan kepada Baby Macky dan mommy pun join sekaki...:)

Boleh nampak penuh dengan sayuran...


Ini Mommy buat kecik2 dalam mini muffin...letak extra bayam dan isi ikan juga.



Haaa...luasnya Baby Macky buka mulut tu....kena cubit2 sikit pastu baru suapkan.


Yang nie cuba suap dengan sudu...dia tak mau makan.

No comments:

Post a Comment