Banana Pancake Tepung Atta


Sudah banyak kali Mommy buat Banana Pancake untuk Baby Macky. Mommy pun akan tumpang semulut. Jadi Mommy buatkan pancake lebih besar supaya tak perlu masak banyak kali. Mommy makan share dengan Baby Macky.
Untuk pengetahuan, Mommy tidak guna gula dan garam dalam masakan untuk Baby Macky. Pisang yang masak ranum sudah cukup manis bagi Mommy dan pastinya lebih baik untuk kesihatan Baby Macky.

Bahan-bahannya:

1 biji pisang berangan yang telah masak
1/2 cawan tepung atta (iaitu tepung capati. ianya sesuai untuk bayi sebab unbleached flour)
1 sb olive oil
air panas secukupnya (untuk pancake yang lembut)
sedikit butter

Cara membuatnya:
1. Lecek pisang hingga hancur
2. Campurkan tepung atta.
3. Masukkan olive oil dan air panas secukupnya sehingga adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak (Mommy guna olive oil 1 sb) dan sedikit butter (untuk rasa lemak).
5. Tuangkan adunan ke dalam kuali.
6. Biarkan pancake masak baru di alihkan ke permukaan sebelah.
7. Hidangkan untuk baby anda sebagai breakfast atau minum petang. Anda pun boleh join sekaki...ehh bukan, semulut.




No comments:

Post a Comment