Spinach Inspired Recipes Part 2 : Creamy Spinach Pasta


As mentioned dalam post 'Spinach Inspired Recipes Part 1', Mommy telah buatkan Baby Macky pasta bersama bayam..atau dipanggil "Creamy Spinach Pasta". Hari ini, Baby Macky sudah tak bersin lagi...syukur alhamdulilah. Cuma hidungnya masih tersumbat sedikit. Baby Macky bukannya suka kalau Mommy nak sedut hidung dia tu.

Kalau baby kita demam atau kurang sihat...banyakkan beri mereka sayur-sayuran atau makanan yang dapat membantu memulihkan kesihatan mereka. Especially untuk baby 2 tahun ke bawah, tiada ubat(actually...drugs) untuk baby jika batuk @ selsema. Perlulah amalkan pemakanan yang sihat terutama yang homemade dan amalkan petua orang dulu2...insyaAllah. Tunggu post Mommy berkenaan petua hilangkan selsema dan batuk untuk bayi ye ( in the making).

Creamy Spinach Pasta
Sumber : Google

Bahan-bahan:
100gm fresh spinach (mommy guna organic spinach)
15gm baby pasta (mommy guna brand Heinz)
1 sb butter
1sb susu segar/susu formula/breastmilk
1sb cream cheese
2sb parmesan cheese di parut (cheddar or mozarella pun boleh)
1 ulas bawang putih

Cara-caranya:
1. Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan.
2. Masukkan butter ke dalam kuali dan tumis bawang putih.
3. Setelah naik bau (jangan sampai hangit), masukkan bayam dan kacau perlahan sehingga lembut.
4. Tutupkan api. Masukkan bayam, susu dan cheese ke dalam blender.
5. Gaulkan bayam bersama pasta yang sudah di masak tadi.
6. Siap dan hidangkan.

Nota: Menu di atas boleh ditukarkan kepada pasta jenis lain seperti spaghetti, penne dan sebagainya untuk dihidangkan kepada orang dewasa. Tambahkan garam dan lada hitam.


Baby Macky makan bayam banyak2...nanti jadi kuat!


Inilah  baby pasta jenama Heinz. 



Kecil sahaja size pasta ini sesuai untuk baby makan dan tiada risiko baby tercekik.

No comments:

Post a Comment